Friday, May 22, 2009

Perkembangan Ilmu Qiraat


Sepertimana yang kita sedia maklum setiap kali wahyu al-Quran diturunkan pasti dengan segera Rasulullah s.a.w menyampaikan dan mengajarkan kepada para sahabat tercinta. Walaupun begitu tidak semua yang dapat menguasai 7 huruf tersebut. Ada yang menerima satu huruf, sementara yang lain dengan huruf yang lain dan ada juga di antara mereka yang diajar dengan huruf yang banyak seperti Abdullah bin Mas’ud mengikut budi bicara Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana matlamat atau tujuan sebenar permintaan baginda kepada Allah s.w.t untuk memudahkan ummat dalam membaca dan memahami kitabullah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami telah memudahkan Al-Quran untuk peringatan, mengapa kamu tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya?"
Sebaik sahaja al-Quran sampai kepada para sahabat, mereka segera membaca dan mengulang ayat-ayat tersebut sehingga benar-benar terpahat dalam ingatan diiringi dengan suruhan yang telah diperintahkan tanpa berlengah lagi dan menungu-nungu wahyu yang seterusnya.
Di sebabkan para sahabat tidak menerima semua qiraat daripada baginda maka pernah terjadi perselisihan dikalangan mereka yang mana masing-masing mendakwa bacaan mereka adalah bacaan Rasulullah s.a.w sepertimana kisah yang pernah dialami oleh Saidina Umar dengan Hisyam bin Hakim di dalam solat.
Kisahnya seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, pada suatu hari Hisyam telah mengimami solat yang turut ada di dalamnya Saidina Umar dengan membaca surah al-Furqan dengan bacaan yang pelbagai. Tatkala Saidina Umar mendengar bacaan tersebut beliau hampir sahaja menarik Hisyam keluar dari solat kerana tidak pernah mendengar Rasullah s.a.w membaca dengan bacaan yang dibaca oleh Hisyam tadi. Bilamana Saidina Umar menanyakan dari siapa Hisyam mendapatkan bacaan tadi sudah tentu ia dari Rasulullah s.a.w! Disebabkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan dengan penyelewangan ayat suci maka berjumpalah mereka menghadap baginda s.a.w untuk menuntut kepastian dan Rasulullah s.a.w telah membenarkan bacaan Saidina Umar dan Hisyam.
Begitulah sifat sahabat yang amat teliti dan sensitif dengan apa yang dibawa oleh baginda bukan kerana kepentingan diri tapi dalam memelihara kitab suci dan agama Allah s.w.t.
Sehinggalah pada zaman Saidina Abu Bakar al-Quran masih lagi dihafaz dan terpelihara kukuh di dada para sahabat. Namun apabila berlaku peperangan Riddah yang memerangi golongan murtad maka ramailah para sabahat yang yang gugur syahid. Kebimbangan melanda umat Islam bilamana syuhada’ adalah majoriti penghafaz al-Quran! Lalu Saidina Umar mencadangkan kepada Saidina Abu Bakar supaya al-Quran disalin dan dikumpulkan. Walaupun berat untuk dilaksanakan kerana tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah s.a.w, dengan petunjuk dan hidayah Allah s.w.t dan komitmen para sahabat kerana bimbang al-Quran akan lenyap, maka Ia pun terlaksana.
Setelah wafatnya Saidina Abu Bakar, tampuk pemerintahan dipegang oleh Saidina Umar dan al-Quran yang telah dibukukan tersebut diserahkan kepada beliau untuk memeliharanya sebagai rujukan dan panduan umat Islam seterusnya berpindah ke tangan Saidatina Hafsah isteri baginda s.a.w yg juga merupakan puteri Saidina Umar.
Islam semakin berkembang dan meluas….dari sehari ke sehari semakin ramai yang memeluk agama Islam berkat kegigihan sahabat dan tabiin dalam menegakkan kalimah Allah s.w.t di muka bumi ini. Maka, ramailah orang yang bukan dari bangsa arab yang membaca al-Quran. Oleh kerana al-Quran pada masa itu masih lagi tidak ada baris dan titik seperti yang ada pada hari ini maka ia amat sukar sekali untuk dibaca sehingga banyaklah berlaku perselisihan dalam bacaan.
Suatu hari dalam pemerintahan Saidina Uthman ketika berlakunya peperangan di Yarmuk perselisihan semakin menjadi-jadi di antara umat Islam yang menyertai peperangan dan hampir berbunuh-bunuhan. Lalu saidina Uthman mengambil inisiatif untuk menyalin al-Quran dalam beberapa mashaf dan dibariskan untuk memudahkan membacanya. Mashaf-mashaf tersebut dihantar ke negara-negara Islam dengan qiraat yang mudah dan bersesuaian dengan negara tersebut bersama wakil dari sahabat untuk memberi tunjuk ajar.
Setelah itu, agama Islam semakin pesat dan keilmuan dan penemuan Islam semakin berkembang maka lahir satu golongan yang mengkaji dan meneliti al-quran, yang menyusun dan meriwayatkan ilmu qiraat dengan lebih teliti yang dikenali sebagai Qurra’.
Merekalah yang menyusun kaedah dalam ilmu Qiraat demi memudahkan generasi yang akan datang agar tidak timbul sebarang perselisihan yang besar dalam membaca al-Quran. Juga supaya matlamat dan impian Rasulullah s.a.w terhadap umatnya agar sentiasa membaca dan mengamalkan al-Quran terlaksana.
Benarlah janji Allah s.w.t yang akan memelihara al-Quran hingga sampai kepada kita pada hari ini tanpa sebarang pengubahan dan penyelewangan dan akan terus terpelihara…Demikianlah Allah s.w.t merakamkan melalui firmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan memeliharanya."
Janji Allah s.w.t tidak ada siapa yang dapat mengubahnya walaupun orang-orang yang memusuhi Islam cuba untuk melakukan pelbagai penyelewengan, mentafsir mengikut kemahuan sesuka hati.
Mengenangkan pemeliharaan Allah s.w.t melalui apa yang dilakukan oleh para sahabat amat terharu dengan kegigihan mereka dalam memelihara ayat-ayat suci ini. Semuanya adalah untuk kita ada hari ini kerana bimbang kita tidak tahu, tidak pandai, keliru dan tidak memahami al-Quran! Tapi….apa yang kita lakukan? Tepuk dada tanyalah iman…mudah-mudahan kita juga dapat meneruskan kesinambungan ini . Wallahu a’lam

Saturday, May 16, 2009

Buat Pendidik Yang Banyak Berjasa.... Selamat Hari Guru



Pertamanya... Jutaan terima kasih buat abah dan ummi kerana merekalah menjadi guru yang pertama dalam hidupku... Segala didikan dan pengorbananmu amatku hargai sehingga akhir hayatku...

Dan buat guru-guruku yang mengajar sejak tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, pengajian tinggi dan semua guru yang mengajarku samada dalam bentuk formal ataupun tidak formal... Terima kasih atas segala usaha, tunjuk ajar dan nasihat yang telah kalian berikan padaku..... Segala jasa kalian akan ku kenang hingga akhir hayat...

Subhanallah...... Besarnya pengorbananmu guru... Mendidik, mengajar kami tanpa rasa penat serta jemu.... Peritmu melayan puluhan, ratusan malah ribuan kerenah anak didikmu.. Namun begitu, kau tetap terus bersemangat, gagah, cekal dalam mendidik kami.... Menjadikan kami sebagai orang yang berilmu... Terima kasih kami ucapkan..

Alhamdulillah..... Dengan segala ilmu yang kamu berikan... Nah sekarang lihatlah!!! Betapa ramai ulama', ilmuwan, korporat, usahawan dan ramai lagi yang disegani hasil didikan dan asuhan yang diberikan olehmu... Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih buatmu insan yang bergelar guru......

Allahu Akbar..... Betapa besarnya nikmat dan anugerah yang Allah s.w.t berikan kepadamu untuk mengajar dan mendidik sehingga anak didikmu menjadi orang yang berguna... Alangkah beruntungnya kamu wahai guru.... Kami doakan semoga segala usahamu mendapat ganjaran dari Allah s.w.t setimpal dengan apa yang kamu telah lakukan... Dan terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga buatmu guru atas segala ilmu yang diberikan pada kami.... Selamat Hari Guru....

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu Ummi....Dirimu Sentiasa Bertakhta Di Hati..




Dunia mengisytiharkan 10 Mei setiap tahun merupakan Hari Ibu bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh insan yang bergelar ibu, ummi, mama, mak dan sebaris dengannya...Maka setiap insan yang bergelar anak akan meraikan ibu mereka dengan pelbagai bentuk sambutan..Ada yang belanja makan, bagi hadiah, telefon, sms dan sebagainya.. Adakah hanya kerana sambutan Hari Ibu barulah anak-anak berebut meraikannya??Cukupkah sehari untuk kita mengenang segala jasa dan pengorbanan mereka??

Bagi diriku setiap saat, jam, hari, minggu, bulan, tahun dan setiap hari yang ku lalui adalah hari untukmu ibu... Besarnya pengorbanan mereka tidak boleh diterjemahkan dalam satu hari.... Pengalaman menyambut kelahiran anak sulung, membuatkan aku lebih mengerti betapa peritnya seorang ibu melahirkan seorang bayi.. Tempoh yang dilalui ketika mengandung sudah memakan masa 9 bulan... Kasih dan sayangmu ibu tidak mampu ku gambarkan...Hebatnya insan yang bergelar ibu ini... Walau perit, walau sakit yang menyelubungi diri tapi mampu lagi tersenyum buat kita... Adakah kita sehebat mereka???


Ummi... Anakmu ingin mengucapkan selamat Hari Ibu...Segala jasa dan pengorbananmu ku sentiasa kenangi sehingga akhir hayatku... Setiap apa yang ku berikan tidak mampu untuk membalas jasa dan pengorbananmu... Meskipun begitu, diriku kan cuba membalas jasa mu sehingga hembusan terakhir...Ku berdoa dan terus berdoa agar dirimu dilindungi oleh Rahmat dan Kasih Sayang dari Ilahi... Semoga Allah taala memberi ganjaran yang setimpal dengan jasa dan pengorbananmu...

Abah dan ummi serta mertuaku... Kami sekeluarga doakan semoga kalian dipanjangkan umur, murah rezeki, mendapat Rahmat dan Kasih sayang dari Ilahi... Segala jasa dan pengorbanan yang di berikan sehingga kami hidup bahagia kini, kami sentiasa kenang sehingga akhir hayat kami..

Buat ibu-ibu... Kalian adalah insan yang hebat.. Membesarkan kami tanpa sebarang keluhan malah dengan rasa gembira... Terima kasih kami ucapkan.... Dirimu amat hebat....

Selamat Hari Ibu.... Dari kami anak-anak yang mengharap kasih sayang ibu...


Thursday, May 7, 2009

Ketenangan Mempengaruhi Keupayaan Mental..

Kuasa minda berada pada tahap mak simum apabila kita berada dalam keadaan tenang dan bebas dari ketegangan. Gelombang otak bergerak dalam kadar pusingan yang rendah. Pada tempo ini, prestasi kerja otak adalah cemerlang. Kita sangat mudah mengingati sesuatu, berfikir dengan cekap dan pantas manakala idea-idea kreatif mengalir mencurah-curah.

Waktu pagi terutamanya pada hari cuti adalah contoh terbaik di mana gelombang fikiran adalah rendah. Fikiran anda begitu tenang, nyaman dan lapang. Anda tentu mengalami, pada waktu ini fikiran anda dalam keadaan segar, ingatan cukup baik serta otak sungguh lincah dan cergas. Bahkan semasa anda mandi, mengosok baju atau mencukur misai, anda tentu diterjahi dengan pelbagai idea atau gagasan yang bermutu dan menarik sekali. Kedatangannya adalah secara mendadak dan sementara, tanpa terfikir terlebih dahulu.

Begitulah keadaannya apabila fikiran berada dalam gelombang 'alpha' iaitu gelombang yang bertekanan rendah dan bebas dari ketegangan dan tekanan; kuasa minda kita menjadi begitu bertenaga.

Di Bulgaria, Dr. Georgi Lozanoz mengasaskan kaedah 'Pembelajaran Suggestopedia'. Melalui kaedah ini, pelajar-pelajar yang mengikuti kelas bahasa asing iaitu bahasa Sepanyol di institutnya mampu menghafal 1,000 perkataan baru pada setiap hari. Dengan hanya belajar 10 hari sahaja, di mana setiap harinya 4 jam sahaja, mereka mampu belajar apa yang dapat dipelajari selama satu tahun di institut-institut bahasa lain. Kaedah ini sangat popular dan sedang berkembang pesat di Amerika Syarikat dan Eropah. Apakah rahsia kejayaan kaedah Suggestopedia ini?

Rahsia kejayaannya ialah KETENANGAN DAN KEREHATAN semasa belajar (tension-free). Kelasnya terdiri daripada 14 - 15 orang pelajar. Kerusi di dalam kelas adalah 'kerusi malas'. Semasa sesi pembelajaran, muzik yang boleh membangkitkan ketenangan kepada jiwa dimainkan dengan sangat perlahan terutama muzik klasik oleh komposer-komposer baroque. Muzik baroque sangat disukai kerana detakannya 60 kali seminit, sama dengan dengupan jantung manusia ketika berada dalam keadaan tenang dan rehat.

Selepas setiap 30 minit belajar, mereka berhenti rehat sambil mendengar muzik dan bersantai. Guru-guru adalah mesra. Tidak pernah marah, merungut, menyindir atau berleter apabila pelajar melakukan kesilapan. Kaedah ini benar-benar berasaskan prinsip 'tension-free' iaitu bebas dari tekanan dan ketegangan serta penuh dengan istirehat dan ketenangan.

Eksperimen Dr. Lozanov mendapati ketenangan mempengaruhi daya ingatan dan kecerdasan fikiran. Apabila melakukan aktiviti istirehat, denyutan jantung berkurang 5 - 10 denyutan, tekanan darah menurun, gelombang beta menurun, ketegangan berkurang, dapat mengawal stress, membaiki kesihatan otak, tubuh badan serta emosi, pernafasan semakin perlahan, meningkatkan daya konsentrasi seterusnya meningkatkan kecerdasan dan ingatan.

Beberapa tahun lalu pula, dunia digemparkan dengan penemuan saintis bahawa pokok yang hidup dalam suasana muzik keras (Rock) lambat membesar berbanding pokok yang hidup dalam suasana muzik perlahan. Dari penemuan ini dapat disimpulkan bahawa suasana persekitaran mempengaruhi bukan sahaja terhadap perkembangan otak manusia bahkan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Suasana persekitaran yang penuh dengan ketegangan boleh melambatkan perkembangan fisiologi, emosi dan akal.

Ketenangan jiwa ialah ' pokok ' kesihatan rohani dan jasmani. Manakala ketegangan, kebimbangan dan kegelisahan adalah 'pokok' segala penyakit rohani dan jasmani termasuk kelembabpan dan kelumpuhan fikiran.

Antara penyakit yang kerap melanda orang yang selalu mengalami stress dan tension ialah sakit perut, sakit kepala, kekejangan otot, kerosakan gigi, lemah urat saraf, lemah pancaindera penglihatan dan pendengaran, wajah muram dan cepat tua, PELUPA, KELEMAHAN DALAM BERFIKIR dan LEMAH DAYA PENUMPUAN. Pada peringkat yang lebih kronik ia kana menyebabkan lelah, darah tinggi, kencing manis, mati pucuk, sakit pinggang, lemah jantung, lumpuh, kanser dan penyakit-penyakit jiwa.

Semasa mengalami ketegangan seperti marah, cemas, gelisah dan sedih; pernafasan menjadi semakin kuat dan tekanan darah bertambah tinggi. Ini menyebabkan banyak darah dipam dengan kuat ke arah jantung, urat saraf dan otot-otot. Manakala darah kurang mengalir ke tempat-tempat yang sepatutnya iaitu perut dan usus. Akibatnya proses-proses di usus terhenti.

Limpa mengecut sambil melepaskan darah-darah yang ada padanya. Zat-zat gula pula yang belum diolah dan tersimpan di dalam hati yang berbentuk lemak haiwan dialirkan ke pembuluh darah. Ini pula menyebabkan kadar gula di dalam darah menjadi berlebihan.

Semua proses ini berlaku kesan dari utusan dan isyarat marah, sedih dan gelisah yang sampai ke otak. Selanjutnya hormon-hormon adrenalin dihasilkan dengan banyaknya. Ini semua menimbulkan kelemahan-kelemahan biologi, fizikal dan mental.

Jadi untuk mendapat memori yang baik dan minda yang cergas, anda perlulah menjadi seorang yang berjiwa tenang dan jauh dari keluh-kesah. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh membantu mengekalkan ketenangan jiwa :-

  • Selalu bersolat dengan khusyuk.
  • Sentiasa berwudhu' terutamanya semasa tension.
  • Berzikir, beristighfar, berselawat dan membaca Al-Quran.
  • Berpuasa dan bersolat sunat.
  • Beribadah di tengah malam seperti bertahajjud dan membaca Al-Quran.
  • Tidur yang mencukupi.
  • Suasana dan kediaman yang teratur.
  • Menyaksikan keindahan alam, berkelah, melancong dan bersiar-siar.
  • Menziarahi sahabat-sahabat lama kerana ia boleh mengingatkan pengalaman lampau yang mengembirakan.
  • Elok pergaulan dengan keluarga, jiran-jiran dan orang ramai.
  • Melangsaikan semua hutang.
  • Atasi segera masalah-masalah yang merungsingkan hati.
  • Lakukan hobi dan perkara-perkara yang diminati.
  • Lakukan senaman atau gerak badan sekitar 30 minit setiap hari.
Semakin tegang perasaan, semakin banyak gerak badan diperlukan untuk melepaskan ketegangan tersebut.

  • Elakkan hiburan yang haram dan melalaikan serta pergaulan bebas kerana ia membawa kepada kekosongan jiwa dan keserabutan fikiran.
  • Banyak makan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan dan sayur-sayuran sewaktu menghadapai tekanan( stress ). Ia mengandungi kimia serotonin yang boleh mengurangkan stress dan menghasilkan ketenangan.
  • Percaya kepada Qadha' dan Qadar iaitu segala perkara yang berlaku yang telah ditentukan oleh Allah, sama ada baik atau buruk yang mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu.